Olimpik Tokyo 2020: Indonesia raih emas beregu badminton wanita

0

Indonesia meraih emas olimpik di Tokyo 2020 sekaligus menjadi negara ke-tiga dari ASEAN meraih pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara beregu badminton wanita.

Atlet Indonesia,Greysis Polii dan Apriyani Rahayu menewaskan pasangan China Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan dengan 21-19 dan 21-15 sekaligus menjuarai acara regu badminton.

Menurut portal SportStars. pasangan dari China banyak melakukan kesilapan di samping gagal memberikan persembahan permainan yang baik sehingga menyebabkan mereka ketinggalan mata dan terpaksa akur dengan pingat perak.

Menjengah ke laman Twitter, menjadi trending dengan masing-masing mengulang ciap ciapan dari akaun rasmi Olimpik serta beberapa individu lain dengan menyiarkan gambar kemenangan beregu tersebut.

Baca juga: Bantuan Pemulihan : PEMULiH Senarai Bantuan & Pemulihan Ekonomi

Baca juga : Real Madrid Kempunan Guna Khidmat Kylian Mbappé Pada Musim Panas

Emas Olimpik Tokyo 2020 Indonesia: Sementara itu, pasangan Korea Selatan Kim So-Yeong dan Kong Hee-Yong menewaskan rakan senegara Lee So-Hee dan Shin Sheung-Chan 21-10 & 21-17 bagi perebutan pingat gangsa.

emas olimpik tokyo 2020 indonesia

Leave A Reply

Your email address will not be published.